Pemansang Jaku Iban

Pemansang Jaku Iban

Sunday, 24 August 2014

EDU 3053
PISMP JAKU IBAN SEM 4

Enam Prinsip Asas Reka Letak (CASPER)
Enam Prinsip Asas Reka Letak

Untuk menghasilkan persembahan powerpoint yang baik, prinsip-prinsip berikut perlu dipertimbangkan:

Contrast
Alignment
Simplicity
Proximity
Emphasis
Repitition

Prinsip reka letak CASPER(Principle of Layout CASPER)
merupakan panduan menyusun media seperti teks, grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang perhatian dan minat penonton. Skrin yang diletakan dengan media tanpa di rancangan menyebabkan persembahan yang kurang menarik. Prinsip reka letak CASPER berdasarkan singkatan perkataan CASPER seperti dalam berikut:
(i) Contrast (Pebezaan yang Ketara)

Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, pembangun perisian
perlulah memilih warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang).
Kontra juga digunakan untuk membezakan antara unsur dengan latar
belakang paparan. Selain daripada membezakan dua item yang berlainan,
kontra adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan
tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.
Selain daripada perbezaan warna, kontra juga boleh ditonjolkan dengan
perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, tekstur licin
dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan
berdekatan dan grafik kecil dengan besar.


(ii) Alignment (Susunan Lurus)
Dalam prinsip alignment, setiap item yang hendak diletakkan dalam muka
perisian perlulah seimbang dengan muka perisian agar kelihatan menarik.
Pembangun perisian seharusnya pandai menyusun item-item yang ingin
dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Dengan kata lain, dalam
prinsip Alignment, item perlu disusun supaya tidak janggal. Item juga
perlu mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain di setiap
paparan perisian.

(iii) Simplicity (Mudah)
Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu
bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya
dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual
yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah
difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam
perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian
dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna
dari teks yang panjang lebar.

(iv) Proximity (Berhampiran)
Dalam prinsip proximity item yang digunakan dalam muka perisian
perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat
kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan
pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai
satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini
akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

(v) Emphasis (Penekanan)
Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi
penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara
digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna.
Namun begitu adalah dinasihati supaya pembangun perisian tidak
menggunakan terlalu banyak elemen sampingan untuk menarik perhatian
pengguna, yang mana akan menyebabkan tumpuan pengguna lebih
kepada elemen sampingan.

(vi) Repetition (Pengulangan)
Dalam prinsip repetition terdapat satu piawai antara muka perisian supaya
pengguna akan dapat mentafsir dan memahami dengan mudah arahan
yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan
media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna. Ini adalah
kerana pengguna perisian terdiri daripada mereka yang mempunyai
kecenderungan yang terhadap media.Pembangun perisian boleh
menggunakan perulangan media teks, audio, grafik dan video untuk
menyampaikan mesej yang sama.


Sunday, 17 August 2014

KSSR
                                                                                                          
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 (KSSR)

Mata pelajaran: Pendidikan Jasmani
Tempat: Gelanggang Sekolah
Tajuk: Mengelecek Bola Menggunakan Tangan
Tahun (kelas): Tahun 2 Mawar
Tarikh              :           21 Mac 2014 (Jumaat)
Bilangan Murid: 30 orang ( 10 orang lelaki, 20 orang perempuan)
Masa                :          10.00 a.m – 10.30 a.m.


Standard Kandungan: 1.4 Manipulasi Alatan

Standard Pembelajaran :  1.4.9   Mengelecek bola menggunakan tangan.
2.3.2   Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan.
5.1.2   Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.
5.4.3   Bekerjasama dalam kumpulan
    
Objektif Pembelajaran: Pada akhir sesi p&p ini murid-murid dapat:       
Psikomotor :    i.  Boleh mengelecek bola menggunakan tangan  dengan lakuan yang betul.

            Kognitif :          i.  Mengenal pasti postur badan semasa melakukan aktiviti.
                                   
Afektif:            i.  Mematuhi keselamatan dan mengamalkan semangat berpasukan dan kerjasama.


Pengalaman sedia ada:  Murid pernah menggunakan tangan bermain bola. 
Penerapan nilai           : Semangat berpasukan dan bekerjasama
Penggabungjalinan     : Pendidikan Moral
Bahan Bantu Mengajar : Bola getah (30) dan Skital (6)
Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreativiti dan inovasi.
Kemahiran Berfikir: Menganalisis dan membuat kesimpulan

BAHAGIAN
/MASA
AKTIVITI
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN / STRATEGI P&P
ALATAN/
CATATAN
1)    Permulaan

 Memanaskan
Badan
(3 – 5 minit)
1.    Melakukan aktiviti senamrobik














2.    Regangan dinamik










·         Meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan
·         Meningkatkan kadar dengupan jantung
·         Mewujudkan keseronokkan










Lakukan regangan dengan kiraan 8:
1.    Gerakkan kepala ke kiri dan kanan.
2.    Gerakkan kepala ke atas dan bawah.
3.    Gerakkan bahu ke atas dan bawah.
4.    Gerakkan bahagian tangan ikut putaran jam dan lawan jam.
5.    Bongkokkan badan ke hadapan dan gerakkan badan ke kiri dan kanan.
6.    Buka kaki seluas bahu dan cuba sentuh hujung kaki kiri dan kanan.
7.    Lari setempat secara perlahan, apabila wisel dibunyikan lari pantas.
·         Dalam kawasan yang telah ditetapkan


  M         M         M        M      M     


       M         M           M              M


  M         M         M        M      M     

                          G 

Petunjuk:
G = Guru
M = Murid


          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G
Semasa regangan dinamik








Petunjuk:
G   = Guru
M  = Murid 
Cakera Padat Tahun 2
(Tarck 03)
Perkembangan
(8-12 minit)




Perkembangan 1
 (5 minit)













Perkembangan 2
 (7 minit)

1.    Pengenalan isi pelajaran




2.    Aktiviti 1 (Melantun Bola)













3.    Aktiviti 2 (Melantun dan mengelecek bulatan)

·         Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini ialah mengelecek bola menggunakan tangan


·         Dalam kumpulan kecil
·         Melantun bola setempat berulang kali.
·         Melantun bola dengan menggunakan tangan kanan dan kiri berselang- seli.
·         Mengelecek bola sambil bergerak dalam pelbagai arah.
·         Mengelecek dan menukar arah pergerakan apabila guru memberi isyarat.

·         Murid dalam kumpulan dan membentuk bulatan.
·         Seorang murid mengelecek bola di antara rakan- rakan dan murid lain melantun bola setempat.
·         Apabila balik ke tempat asal, murid lain pula mengelecek bergilir- gilir.
·         Ulang aktiviti dengan menukar tangan yang mengelecek.

Variasi: galakkan murid guna tangan kanan dan kiri.


6 kumpulan = 5/4 orang/kumpulan





             














Bola getah (30)

Catatan:
·         Guru melakukan demonstrasi  terlebih dahulu
·         Jarak di antara murid diberi perhatian untuk aspek keselamatan.







Kemuncak
(8-10  minit)
Permainan Kecil

“ Jom Lawan Kelecek Bola”
·         Murid dalam kumpulan.
·         Murid di hadapan A mengelecek bola di antara skital dan terus ke barisan B.
·         Aktiviti diteruskan oleh murid pertama di B. Lakukan secara bergilir- gilir.
·         Murid yang menunggu akan melantun setempat.
·         Kumpulan yang selesai dahulu dikira pemenang

Bola getah (20)
skital (24)
Penutup
(3 minit)
1. Menyejukkan Badan







2. Rumusan Pelajaran

3. Kerja Susulan
  

1.    Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
2.    Berpasangan, tepuk otot-otot rakan perlahan-lahan.
3.    Tarik nafas tiga kali perlahan dan hembus panjang yang terakhir.



          M  M  M  M  M  M
   M                                   M
M                                          M

                     G







Petunjuk:
G = Guru
M = Murid









Penilaian pengajaran dan pembelajaran:

a)    Borang penilaian
b)    Lembaran kerja- memadankan situasi yang sesuai untuk mengelecek bola
















CATATAN SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Bil.

KOMEN/CATATAN

SEMAKAN OLEH

1.























____________________________________
(                                       )


Guru Pembimbing

Tarikh: ____________________________












BORANG CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


ISU / PERKARA
YANG DIBERI
BUKTI / ANALISIS / PENJELASAN
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
(PENCEGAHAN / PENAMBAHBAIKAN)

KEKUATAN /
KELEBIHAN















KELEMAHAN / KEKURANGAN